Program Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini, Pusat Internet Bogag telah mengadakan Pertandingan ICT Merdeka Explorace pada hari Ahad, 25 Ogos 2019. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa para peserta, dan mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah:
• Kuiz Kemerdekaan (Quizizz.Com)
• Jigsaw Puzzle Merdeka Online
• Crossword Puzzle Merdeka Online
• Wordsearch Merdeka Online
• Pertandingan Mewarna Merdeka
Turut diselitkan juga taklimat Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) serta permainan KDB iaitu ‘Action Kamen’ dan ‘Copy Paste’ yang bertujuan untuk mendidik para peserta agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab ketika melayari internet.

Program yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 26 orang peserta. Program tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali